-7.4 C
New York
Thursday, January 23, 2025

Proton eMas7 EV 2025 rasmi dilancar – RM110k-RM124k, 218 PS/320 Nm, sehingga 410 km WLTP


Proton eMas7 EV 2025 rasmi dilancar – RM110k-RM124k, 218 PS/320 Nm, sehingga 410 km WLTP

Setelah pelbagai gimik untuk teaser termasuk penampilannya ke seluruh negara dengan pelekat penyamaran, akhirnya EV pertama dari Proton iaitu eMas 7 kini sudahpun dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Seperti yang telah diumumkan sebelum ini, eMas yang merupakan kembar kepada Geely Galaxy E5/EX5 yang telah dilancarkan di China dan Thailand ditawarkan dalam dua varian di Malaysia.

Varian asas EV ini dikenali sebagai eMas 7 Prime dijual pada harga atas jalan tanpa insuran RM109,800, manakala varian tertinggi eMas 7 Premium dijual pada harga RM123,800. Namun untuk 3,000 pembeli terawal, Proton menawarkan diskaun sebanyak RM4,000 menjadikan varian Prime dijual pada harga bermula RM105,800 dan varian Premium pula RM119,800.

Proton memberikan perlindungan waranti kenderaan selama enam-tahun tanpa had perbatuan dan juga waranti untuk bateri dan komponen-komponen terlibat selama lapan-tahun atau 160,000km. Juga semua pembeli akan diberikan pengecas rumah dan juga adaptor sistem V2L yang bernilai RM2,000 secara percuma, dan pakej information web tanpa had untuk lima-tahun juga secara percuma.

Dengan pelekat penyamaran akhirnya ditanggalkan, seperti dijangka eMas 7 menampilkan bahagian luaran yang seiras dengan Galaxy E5, kecuali logo-logo dan lencana dari Geely ditukar kepada Proton. Lima warna badan ditawarkan untuk eMas 7 ini termasuk Platinum Silver, Turqouise Blue, Slate Grey, Quartz Rose, dan Lithium White.

eMas 7 dan Galaxy E5 merupakan mannequin yang diasaskan dari platform International Clever New Vitality Structure (GEA), atau untuk Proton ia dikenali sebagai platform International Modular Structure (GMA). Platform ini juga sebenarnya adalah evolusi yang diasaskan dari Sustainable Expertise Structure (SEA) yang dibangunkan oleh Geely untuk digunakan oleh jenama-jenama dibawah naungannya yang lain.

Namun menurut Proton, eMas 7 bukanlah mannequin rebadge kerana ia merupakan mannequin hasil usahasama antara Proton dan Geely, di mana pembangunan awalan EV ini bersama kembarnya Geely Galaxy E5 telah dibuat bersama di China. Menurut Proton kerja-kerja pembangunan berkenaan telah melibatkan 230 orang tenaga kerjanya, serta perkongsian modal.

Usaha sama ini juga membolehkan Galaxy E5 terus diperkenalkan dalam versi pemanduan sebelah kanan (RHD) – pertama kali untuk sebuah mannequin dengan lencana Geely. Secara keseluruhan sejumlah 700,000 jam kerja telah digunakan untuk pembangunan mannequin ini dengan ujian sejauh 10 juta km.

Geely Galaxy E5 telahpun dilancarkan di China awal Ogos lalu, namun untuk eMas 7 pembangunannya diteruskan di Malaysia bagi disesuaikan untuk pasaran tempatan. Empat ujian jalan raya dibuat dalam program pembangunan tempatan ini termasuk Ujian Adaptasi Ketahanan (DAT), Ujian Elektrikal Jalan Raya (ERT), ujian untuk Sistem Bantuan Pemanduan Termaju (ADAS) dan Ujian Kebolehpercayaan Kualiti (QRT). Selain itu Proton turut membuat penyesuaian pada sistem infotainmen, sistem navigasi bina-dalam dan juga servis telematik eMas 7 ini.

Ujian tempatan ini melibatkan perjalanan sejauh 100,000 km. Proton menegesahkan bahawa ia telah membuat talaan suspensi tersendiri untuk eMas 7 yang lebih sesuai untuk keadaan jalan raya tempatan, dan ia juga boleh meredah air pada paras kedalaman maksimum 400 mm – lebih dalam dari spesifikasi pada Geely Galaxy E5 – bagi memastikan ia diberikan perlindungan tambahan sekiranya berhadapan dengan situasi banjir.

Kedua-dua varian eMas 7 pasaran Malaysia ini berkongsi unit rangkaian kuasa yang sama iaitu motor elektrik tunggal ’12 dalam 1′ yang memacu roda hadapan berkuasa 218 PS dan tork maksima 320 Nm. Konfigurasi tersebut cukup untuk membolehkan eMas 7 memecut dari 0-100 km/j dalam masa 6.9 saat, menjadikan ia mannequin produksi Proton paling pantas setakat ini. Kelajuan maksima yang boleh dicapai adalah 175 km/j.

Untuk bateri, eMas 7 diberikan bateri lithium logam fosfat (LFP) “bilah pendek” Aegis yang dibangunkan oleh Geely sendiri. Varian Prime menerima bateri berkapasiti 49.52 kWj dengan jarak perjalanan 345 km atau kapasiti 60.22 kWj yang memberikan jarak 410 km – kedua-duanya mengikut kitaran ujian WLTP.

Proton eMas 7 diberikan sistem pengecas pantas DC 80 kW untuk Prime dan 100 kW untuk Premium, membolehkan cas dipenuhkan dari 30% hingga 80% dalam masa 20 minit. Pengecas AC juga boleh digunakan dengan kadar maksimum 11 kW, membolehkan kadar cas 30% hingga 80% dipenuhkan dalam masa 4.9 jam untuk Prime dan 6.1 jam untuk Premium.

Sistem Car-to-load (V2L) bagi membolehkan bateri pada EV ini digunakan untuk peralatan elektrik lain. Bagi suspensi pula, bahagian hadapan SUV ini menerima tetapan topang McPherson manakala di belakang diberikan sistem multilink.

Sekali imbas varian Prime boleh dikenali dengan pemadanan rim aloi 18-inci dengan tayar Giti 255/55R18, manakala varian Premium pula datang dengan rim aloi 19-inci dengan tayar 235/50R19.

Kedua-dua varian menerima perincian normal termasuk lampu hadapan LED automatik dengan fungsi Observe-me-home dan lampu tinggi aktif, lampu belakang LED 3D, rel bumbung, pengelap cermin automatik, serta cermin pandang belakang auto-lipat dengan fungsi pemanas.

Varian Premium pula menerima tambahan perincian seperti bumbung suria panaromik, pintu tailgate belakang berkuasa dan juga penutup gril hadapan aktif.

Proton eMas7 EV 2025 rasmi dilancar – RM110k-RM124k, 218 PS/320 Nm, sehingga 410 km WLTP

Proton eMas 7 turut berkongsi rekaan dalaman yang sama dengan Geely Galaxy E5, tetapi dalam versi RHD dan juga tema kemasan yang berbeza. Ia diberikan papan pemuka dengan skrin tengah gergasi bersaiz 15.5-inci, paparan instrumen pemandu dengan skrin 10.2-inci, roda stereng berbentuk rectangular dengan fungsi anti-bakteria dan juga konsol tengah yang direka berorientasikan pemandu.

Berbanding Galaxy E5 yang datang dengan kabin berwarna Gentle Cream, eMas 7 menerima kemasan-kemasan dalaman berwarna Indigo Blue (lebih nampak maca hitam) yang lebih sesuai dengan Malaysia. Juga dapat dilihat corak kemasan pada konsol tengah dibuat seperti mengalir ke upholsteri tempat duduk.

Skrin utama di tengah papan pemuka tersebut menampilkan paparan resolusi 2.5k yang beroperasi dengan Flyme OS. Ia turut menerima sistem bunyi Wanos 16-pembesar suara termasuk yang terletak pada kepala tempat duduk dari Flyme Sound, di mana sistem audio premium tersebut didakwa menawarkan ‘bunyi yang sangat jelas’. Sistem ini diberikan untuk kedua-dua varian Prime dan Premium.

Komponen-komponen dari jenama Flyme Auto dibekalkan oleh pembuat telefon pintar Geely iaitu Meizu. Geely mendakwa sistem ini menawarkan operasi antaramuka yang intuitif seperti menggunakan sebuah telefon pintar. Skrin utama berkenaan turut menjadi pusat pelbagai kawalan lain termasuk sistem pendingin hawa, mod pemanduan, tetapan sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS) dan juga kawalan untuk bumbung panaromik serta pelindung matahari. Ketika pelancarannya fungsi Android Auto dan Apple CarPlay tidak diumumkan, namun kami difahamkan ia mungkin akan mula ditawarkan bermula tahun hadapan.

Namun bukan semua fungsi kawalan mengharapkan skrin berkenaan kerana masih ada beberapa fungsi yang boleh dikawal menggunakan suis-suis, tuil serta tombol fizikal yang lebih mudah dan pantas untuk digunakan. Antaranya tuil gear ala-Mercedes Benz pada sebelah kanan konsol stering, tuil kawalan lampu isyarat membelok, lampu hadapan dan pengelap cermin pada sebelah kiri, suis putar bersaiz besar pada konsol tengah untuk kawalan bunyi audio, dan empat butang fizikal untuk kawalan pendingin hawa.

Turut diletakkan pada konsol terowong adalah dua pemegang cawan dengan penutup, pad pengecas telefon pintar tanpa wayar dan juga perehat tangan. Dengan lantai yang rata, konsol berkenaan turut mempunyai ruang storan bersaiz besar pada bahagian bawah, yang turut menempatkan port 12V, USB-A dan USB-C. Juga terdapat storan tersorok diletakkan pada bahagian bawah tempat duduk belakang dan juga satu lagi ruang storan tambahan pada bahagian bawah liang pendingin hawa belakang.

Kedua-dua varian menerima sistem pendingin hawa automatik dengan penapis N95, balutan leatherette untuk upholsteri tempat duduk, serta larasan elektrik enam-hala untuk pemandu. Namun hanya varian Premium diberikan fungsi memori untuk larasan tempat duduk tersebut, serta diberikan larasan elektrik untuk tempat duduk penumpang hadapan dan juga liang pengudaraan tempat duduk dan juga lampu suasana kabin 256-warna.

Tidak seperti kebanyakkan EV yang mempunyai ruang storan pada bahagian bonet hadapan yang dikenali sebagai frunk, bahagian tersebut tidak ada pada eMas 7. Namun pada however belakang, ia menerima satu lagi ruang tambahan tersorok dibawah lantai dengan kapasiti 51 liter, termasuk 461 liter ruang keseluruhan kargo belakang. Secara keseluruhan Proton menyatakan bahawa SUV ini mempunyai sebanyak 33 ruang storan.

Untuk keselamatan pula, semua varian eMas 7 ini diberikan enam beg udara dan juga kamera 360-darjah. Kedua-duanya juga diberikan sistem bantuan termaju (ADAS) dengan fungsi termasuk brek kecemasan automatik, amaran pelanggaran hadapan, sokongan brek dinamik, amaran dan pengelak keluar lorong dan juga bantuan pengekal lorong kecemasan.

Ia juga diberikan sokongan radar belakang yang memberikan fungsi seperti amaran pelanggaran belakang, amaran dan brek lintasan trafik belakang, bantuan tukar lorong, pemantau titik buta dan amaran buka pintu. Ketika pelancaran eMas 7 hari ini, Proton turut mengumumkan bahawa mannequin EV ini telahpun menerima penarafan lima bintang dalam ujian pelanggaran Program Penilaian Kereta Baharu untuk Asia Tenggara (ASEAN NCAP).

Sama seperti satu lagi jenama EV yang dijual oleh anak syarikat Proton, Professional-Internet iaitu good, jenama EV Proton ini turut diberikan aplikasi menyeluruh e.Mas yang boleh didapati di Apple App Retailer dan Google Play Retailer. Aplikasi ini boleh digunakan untuk membuat tempahan model-model eMas Proton secara atas talian. Sekiranya anda telah menerima kenderaan yang ditempah, aplikasi ini akan terus digunakan untuk memantau keadaan kereta, membantu mencari stesen pengecas dan membuat pengecasan dan bayaran serta pelbagai fungsi lagi.

Sebelum dilancarkan, kami telah berpeluang memandu uji Proton eMas 7 ini di litar ujian Proton yang terletak dalam fasilitinya di Hicom Shah Alam. Jadi kalau nak tahu apa pandangan awal kami terhadap mannequin ini, anda boleh baca laporannya pada PAUTAN INI.

GALERI: Proton eMas 7 Premium 2025

GALERI: Proton eMas 7 Prime 2025

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.



Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles